Sunday, December 2, 2012

Filem: Life of Pi (2012)


Director: Ang Lee
Rating: PG
Running Time: 127 min
StudioRhythm & Hues, Fox 2000 Pictures

Sinopsis: Adaptasi dari novel oleh Yann Martel dengan tajuk yang sama, mengisahkan anak penjaga zoo yang terselamat dari kapal yang karam dan hanyut dalam bot penyelamat selama 227 hari di tengah lautan pasifik bersama Richard Parker, seekor harimau bengal.

Ulasan: Comel harimau dia, rasa macam nak bela sekor kat belakang rumah. Jalan ceritanya yang ringkas dihiasi dengan grapik yang menakjubkan dan teknik pengambaran yang menakjubkan. Macam tengok siaran discovery pun ada, yang siri survival. 
Pelakon dia bukan yang famous2 pun, tapi lakonan diorang memang top class. Harimau dia xnampak tampal pun macam baby cite twilight. Susah nak nampak part yang gerak geri dia xseperfect harimau (tapi ada je). dan scene letak kepala harimau atas paha ni sebenarnya CG je. CG dia memang terbaiklah, boleh challenge cite avatar. Tapi watak Pi yang menganuti serentak lebih dari tiga agama ni (hindu, kristian, dan islam, dan yahudi?) mungkin offensive kepada sesetengah komuniti.

My Rating: 4.5/5.0

No comments:

Post a Comment