Thursday, March 28, 2013

Filem: Oz the Great and Powerful (2013)

Director: Sam Raimi

Rating: PG-13
Running Time: 127 min
Cast: James Franco, Mila Kunis, Rachel Weisz, Michelle Williams, Zach Braff
StudioRoth Films, Curtis-Donen Productions

SinopsisBerdasarkan siri novel oleh L. Frank Baum, The Wizard of Oz. Cerita berkisarkan Oscar “Oz” Diggs (Oz), seorang illusionist (satu cabang dari ilmu silap mata) dari Kansas terperangkap dalam taufan sewaktu melarikan diri (kerana perangai Playboy beliau) dengan terbang dengan belon panas dan telah dibawa angin ke negara Oz, sebuah Negara yang penuh magik. Di situ dia bertemu dengan Theodora yang menyatakan ramalan dari raja Oz terdahulu bahawa akan turunnya dari langit ke Negara Oz seorang ahli magik yang mempunyai nama sama sepertimana nama Negara Oz dan dia akan menyelamatkan Negara Oz dan menjadi Raja Oz. Dan bermulalah perjalanan Oz dengan hanya berbekalkan ilmu silap mata dia untuk menyelamatkan negara Oz.

UlasanMungkin anda lebih biasa dengan cerita tentang Dorothy yang pergi ke Negara Oz untuk diperkenankan hajatnya oleh Wizard Oz yang mana dia akan ditemani Scarecrow, Tinman dan Cowardly Lion. Cerita ini mengambil tempat 20 tahun sebelum tu. Secara keseluruhan jalan cerita, visual dan musik adalah baik. Biasalah cerita Disney. Namun pelakon dia yang membuatkan cerita ini rasa kurang menarik. Pada pandangan aku, James Franco pandai berlakon sebagai ahli silap mata tapi tidak sebagai Oscar. Mungkin juga sebab rekaan karakter beliau yang memang begitu tapi kekurangan tu terlalu jelas. Pilihan asal karakter Oz adalah Johnny Depp, tapi dia sibuk jadi ganti dengan James Franco. Ada sesetengah bahagian yang menarik, tapi tak terserlah aura dia sebagai Oscar. Tapi visual wise, better than Hansel and Gretel.

My Rating: 3.6/5.0

No comments:

Post a Comment